CATATAN RASA MELATI PUTIH







melati-putih
June 15th
Female
Malaysia
Welcome to my blog, harap-harap you all semua akan enjoy dengan apa yang tertera dalam nieh. Kalau ada angin pasang surut tue ignore je lah. Kot boring-boring jenguk la sini selalu. Insya'Allah saya akan selalu update jika ada kelapangan. Enjoy geng!!
   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31



Tujuan Melati buat blog ni, sekadar nak berkongsi rasa, minat dan kesukaan Melati kepada kawan-kawan yang lain. Tiada niat lain pun, mungkin dengan cara ini satu hari nanti Melati boleh bergelar penulis, siapalah yang tahu kan. Ahaks, Melati nie memang banyak angan-angan. Tapi betul la, hidup tanpa angan-angan memang bosan kan. Moga-moga angan-angan kita semua akan menjadi kenyataan pada satu hari nanti, Insya'Allah. Amin........




Links


Lovewife @ Siti Alaina
Myra
Nasi Impit @ Adrina
Tig
Camel JB
Sherry




Korang nak wat duit tak dengan hanya surt internet jek.. meh masuk sini, baca dah fahamkan sambil2 tue aku akan update kat blog aku jugak

Space-Surf



Anda Orang Ye Ke
Free Web Counter
Free Hit Counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Tuesday, November 29, 2005
Family Day


Assalamualaikum,

Nak paste gambar tak bleh lagi la, gambar2 seme dalam camera hubby den lak guna camera utk kerja dia. So aku citer je lah serba sikit.

Family Day office aku weekend aritue, hajat hati nak cite semalam, tapi pepagi buta dapat berita sedih terus hilang idea aku nak menulis dalam blog aku nieh.  Hari Sabtu pagi aku keluar dari rumah dalam pukul 7.30. Kononnya aku nak sampai awal la kat sana, ha lupa pulak family day company aku nie buat kat Swiss Garden, Damai Laut, Lumut.  Tempat memang cantik, tapi sayang la, byk lalat aku pun tak tau aper yang dikejo lalat-lalat tue kat swiss garden tue. Tang nyamuk so far tak de la. Lalat tue yang tak tahan tue. 

Sabtu pagi bertolak sampai kat R&R Sg. Buloh dalam pukul 8.30.  Bawak seselow je la, tunggu geng opis ingat nak konvoi, dekat kul 9.30pagi still tak bertolak lagi.  Sampai jek member tue dia suh jalan dulu. So asal tiga kereta jadi dua kereta.  Sempat gak la aku belikan spek mata utk kenit tue. Sakan dia bergaya suka bebeno dia pakai spek mata tue. Mahal gak la... dekat doplo hengget. Mak dia pun tak ada spek itam. Siap bawak 'baby' dia bagai, takut kang malam karang tak leh tido kalau tak der 'baby' dia. Wan dia la tue belikan 'baby' kat toys r us.  Tunggu omak ngan bapak diyo, lambat la aku target nak present kan beskal masa besday dia sok.


Dah nak sampai Sitiawan, tetiba aku teringat sehelai tudung pun aku tak bawak rupanya. Padahal aku dah siap gosok dan gantung malam sebelum tue.  Menjerit jugak la aku dalam kereta.  Takkan la aku nak pakai tudung yang aku pakai masa pegi tue sampai dua hari. Adoi la.   Ajak hubby singgah pekan Sitiawan kejap. Mujur la aku familiar kat Sitiawan tue iye ler belajor kat ITM Manjung dua tahun setengah, expert la sikit perubahan tak banyak la cam gitu jugak.  Kedai tudung tue still ada lagi kat area Fajar tue. Syukur, terbang lagi duit aku beli tudung dua helai dekat tiga puluh hengget gak la. Aku malas nak memilih bebeno, kang bising hubby den dlm keto.  Selesai bab tudung, kita orang bertolak. Member yang ikut konvoi tue aku dah awal2 lagi suruh jalan dulu.

Kita orang sampai kat Damai Laut tue dalam pukul 1.30 petang la, sampai2 aku tengok oreng jek seme. Eheh, AJK dah siap2 pakai t-shirt utk telematch nanti. Aku AJK gak tapi kat sana satu hapah pun aku tak buat keje.  Ekekek baik punyer AJK nasib ler... ada sejarah malas nak citer biyau ler..
Rupanya geng yang ikut konvoi tue tak sampai2 lagi. Hubby den telepon tanya kat mana, sesat dekat setengah jam rupanya dia orang tue. Ahakssss, kita orang yang siap shopping sampai dulu depa tak sampai2 lagi. Sah dia orang nie ikut signboard Lumut.

Check in pegi makan dulu, lapor gilerrrrr. Masuk bilik mandi tukar baju pakai keluar balik join telematch.  Izzati time tu pulak nak tido, tak dapat mummy dia nak join telematch.  Tidur la dia kat pangku. Abie dia sorang je lah yang join, sib baik menang.  Seronok tengok first time izzati duduk atas pasir pantai.  Eheh padahal makcik sorang tue kotor sikit pun tak bleh. Kali nie nasib ler, ajau jugak dia main pasir sesikit. Tapi dok la terbaring kat riba mummy dia nie sampai naik lenguh peha.

Malam tue ada la dinner bbq, sekali ngan karaoke contest. (aku dah malas nak cerita dah nieh dah lenguh tangan...wakakakakak).  Masuk gak la contest tue, habis jek nyanyi aku terus balik bilik. Izzati dah meragam. Keletihan agaknya, tidur pun tak selesa siang tadi nyer tue. Dalam pukul 11 malam tue aku keluar balik nak collect hadiah lucky draw.  Hubby dok jaga izzati yang dah tidur.  Jumpa dak-dak opis seme kata tahniah, awatnyer..ghupernya aku menang karaoke dapat no. 3. Ahakssss jadi lerrrrrrr dari tak der langsung.

Lucky draw dapat la blender..aper aku nak buat ngan blender nie...kat rumah dah ada...dapat vcd player sedap sikit ahakssssss. Tengok bebudak sambung karaoke, aku pun layan la satu dua lagu, pastu balik bilik. Sian lak hubby sengsorang. 

Esoknyer tue Izzati pecah rekod, tak penah2 dia tidur sampai kul sembilan kul sembilan pagi baru dia bangun.  Mak pak dia pun lajak tidur gak. Bangun-bangun siap mandi bagai pegi breakfast.  Abie dia pegi berenang kat swimming pool, aku bawak Izzati tengok pertandingan mewarna. Dia pun sama nak jugak mewarna.  Sukati la Izzati woi, dari elok duduk terus meniarap pastu bangun balik, sudahnya boring dia mengacau orang. Gambo-gambo nanti aku paste. 

Makan tengah hari ahad tue, kita orang terus check out, singgah pekan Lumut kejap cari makanan kering nak bawak office.  Pecah rekod betul2 turun beli tak sampai setengah jam pun pastue terus lari masuk keta sebab dah nak hujan.

Sampai rumah dekat kul 6.30 petang gak la.  Okey ler kan, sekali sekala pegi bercuti. Tenang gak fikiran. Kalau tak ngan perut-perut boyot aku pegi family day tue, tapi nak wat camne kan.....

key lah aku try paste gambar2 Family Day kita orang nanti.... orenggggg jekkkkk.... chiowww bebeh...

Posted at 08:11 am by melati-putih
Make a comment  

Thursday, November 24, 2005
$$$$$$


Assalamualaikum,

Asal aku nak update jek ada jek halangan asal nak update jek ada jek mende mendatang sampaikan apa yang aku nak taip terus luperrr


nanti laaaa

aku ingat aku citer laaaaa


mata aku sekarang tengah.. $ $ $ $


ekekekekekeke


salamssssssssss

Posted at 08:31 am by melati-putih
Make a comment  

Tuesday, November 22, 2005
Blog atau Hormat??


Assalamualaikum.

Nothing much to share la today. Dah berhari-hari aku tak update blog aku.  Idea byk bila aku tak de kat office. Bila datang office jumpa pulak ngan keje-keje, terus hilang idea dan terus aku terlupa nak update blog aku sendiri.

Aku jeles betul tengok blog-blog orang lain. Canggih manggih masing-masing punya blog. Terer betul depa dok modified blog masing-masing.  Aku nie nak kata buta IT tue tak de ler tau la sesikit tapi pasal nak modified-modified kasi canggih nie makcik memang tak reti sungguh.  So apa yang aku boleh buat setakat amik template dari blogdrive nie je lah. Nak upgrade, tunggu aku kaya sok la aku upgrade. 

Ada jugak dua tiga kawan-kawan baru yang tak kenal masuk dan aku tengok blog depa memang canggih wah jelesnyer aku......  

Tergendala kejap aku nak taip blog aku nie kejap tadi. Masa menaip nak bercerita pasal blog orang mencurah-curah idea datang. Tiba-tiba ada bende kene buat terus hilang idea datang pulak idea baru.

Aku nak citer pasal hormat nie la.  Korang kalau ngan orang tua korang hormat tak? Aku memang hormat. Malah ada makcik cleaner kat office aku nie, aku siap panggil 'mak' lagi ngan dia. Sebab kalau boleh aku tak nak ada gap antara aku ngan dia. Bila panggilan mak tue dah serasi ngan lidah aku kita orang jadi mesra dan dia pun bahasakan diri dia mak. 

Tapi aku heran dengan sesetengah dari kita nie yang seolah-olah hilang rasa hormat tue.  Walaupun tea lady hatta cleaner sekali pun tergamak ker korang nak marah-marah tinggi-tinggi suara dengan mereka-mereka yang memang berpangkat emak ngan kita? Aku tak sanggup, Alhamdulillah aku terdidik utk menghormati orang tua walaupun mereka bekerja dengan kita.  Nak marah mereka nie pun ada caranya nak menegur ada caranya.

Entahlah aku memang geram sangat dengan orang-orang yang seolah-olah tak de akal nieh.  Mungkin pendapat aku nie tak sama dengan orang lain.  Walaupun kita boss, letak je lah mak kita tue di tempat tea lady / cleaner tue, sanggup ke korang tengok mak korang kene caci kene marah.

mmmm aku tak leh nak sambung lagi la..sakit hati melampau.....

salamssssss

Agak-agak kalau emak kita diperlakukan macam gitu korang boleh terima ker? Aku memang tak boleh terima langsung.

Posted at 09:58 am by melati-putih
Make a comment  

Next Page